Hi, Selamat Datang ke blog KISAH AIRIEL - My Life . Segala isi di dalam blog ini adalah berkisar mengenai kehidupan seharian aku. Segala gambar, informasi, kata pujangga, madah dan sebagainya adalah hak milik aku kecuali bila ianya dinyatakan sumbernya. Terima kasih dan selamat membaca.

Kisah di Kampong Badong - 2


Salam ceria dan gembira, semoga hari ini diberkati yang Maha Esa. Ini adalah sambungan kisah aku di Kampong Badong. Sambungan kisah dari post yang terdahulu, Kisah di Kampong Badong. Di dalam post kali ini, aku akan menceritakan pula aktiviti-aktiviti yang aku lakukan di kampung ini.

(Salah satu kawasan menarik yang ada di persisir pantai Kampong Badong, Merchong)

Oh, lupa nak beritahu. Orang hubungan atau orang kampung yang aku ada di sini adalah pakcik Mohd. Shahar bin Wahab atau lebih mudah aku panggil Pak Mat. Dia yang menjadi "penunjuk arah" ke mana saja yang aku ingin pergi. Dia juga yang memperkenalkan aku dan kawan-kawan yang lain kepada penduduk kampung, ketua kampung dan Tok Empat.

 (Inilah wajah Pak Mat)

Pada awal kedatangan aku di sini, Pak Mat banyak membantu aku dan secara tidak langsung melancarkan urusan aku. Sesuatu yang menarik, kerana Pak Mat juga, aku dapat makan banyak ketam segar dan lain-lain hasil laut yang diperolehinya. Errrrrr....tapi bukan percuma. Hasil laut seperti ketam, udang, sotong, ikan pelaling, ikan pari memang mudah didapati.  Setiap kali Pak Mat pulang dari laut, aku dan kawan-kawan akan menunggu apakah hasil laut yang dibawanya pulang.

Pak Mat dan keluarganya memang baik. Mula-mula aku di sini, rumahnya menjadi tempat aku tidur dan makan. Isterinya (lupa pula namanya) memang pandai memasak. Kali pertama aku datang ke kampung ini, dia masakkan 3 jenis masakan hanya untuk ketam. Ketam rebus, ketam masak sambal dan ketam masak kari. Percaya atau tidak, aku makan 11 ekor ketam dan 3 pinggan nasi. "Buruk lantak" kan?

(Ini ketam yang menjadi santapan aku dan kawan-kawan)


(Aku bersama ketam-ketam)

Ok, cukup cerita pasal makan dan ketam. Sekarang aku nak bercerita sebab aku boleh "tercampak" ke kampung ini. Semuanya bermula kerana minat memancing. Sejak kecil aku minat memancing walaupun sebenarnya aku geli nak cabut ikan yang tersangkut di mata kail. Aku tak pernah pergi memancing seorang diri sebab aku perlukan teman untuk tanggalkan mata kail yang melekat di mulut ikan. Namun minat memancing itu terpendam saja kerana kesibukan aku yang melampau. Cuma kadangkala bila ada kelapangan, aku rajinkan diri memancing walaupun adakalanya tak pernah ada hasil. 

Oleh kerana minat memancing, aku bersama kawan-kawan pergi ke Merchong, Pekan, Pahang. Dan di Kampung Badong lah aku memancing memandangkan salah seorang kawan aku mengatakan bahawa dia ada seorang kawan yang boleh tunjukkan lubuk memancing yang best. Dan kawan kepada kawan aku itu adalah Pak Mat. Tetapi, mungkin dah ditakdirkan malang, aku langsung tak dapat apa-apa ikan semasa memancing. Walau bagaimanapun, aku melihat dan memerhati kawasan di sekeliling kampung ini. Dengan keindahan dan suasana yang tenang serta keaslian wajah kampung itu masih ada, aku mula terfikirkan satu peluang. Peluang perniagaan! 

(Ini adalah jeti Pak Mat yang daif dan uzur)


 (Isteri Pak Mat dan anak-anaknya. Yang lain adalah kawan-kawan aku)

Di fikiran aku terlintas satu pertanyaan, "Kenapa kawasan ini tidak dimajukan?"

(Jeti nelayan di sepanjang kuala sungai)

Setelah selesai memancing, aku bergegas pulang ke rumah Pak Mat dan bertanyakan pelbagai pertanyaan mengenai kampung ini. Bermula dari hari itu, idea dan perancangan pembangunan tentang kawasan ini menjadi topik perbincangan aku dan kawan-kawan sekerja. Kami mula membuat kertas kerja, dokumentasi dan sebagainya untuk meraih peluang dan membangunkan kawasan kampung ini. Dan kami bertekad, selain daripada kami cuba menjana hasil pendapatan di kampung ini, kami juga akan membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung ini melalui perancangan ekonomi yang akan kami laksanakan....

Aku akan sambung lagi di post yang akan datang mengenai perancangan dan perlaksanaan peringkat awal kami ke arah memajukan kawasan ini. Akhir sekali, aku post gambar-gambar yang menarik yang sempat aku snap semasa di kampung ini. Hayati keindahan Kampong Badong, Merchong, Pekan, Pahang.













p/s: Kesemua gambar-gambar di atas adalah hak milik aku. Tidak diambil atau dicuri atau dipinjam dari mana-mana sumber digital yang lain.

Anda Suka Kisah Ini?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

3 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    menarik dan suka bace.. tak sabar tggu smbungan yg akan dtg..

  2. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

Leave a Reply