Di Antara Kita
1 comments
Unknown
-
KAUairielkayz1 nama yg sungguh istimewadatang dlm hidupku yg bagiku amat bermaknatiada puisi2 indah yg mampu ku katakau bagaikan pahlawan kesatriapenyelamat dkala kuderita
dan inginku ubati luka n sengsara
namun mampukah kau terima
sudikah kau sentiasa ada bersama
aku bukan insan yg serba ada
bukan insan yg kau damba
bukan insan yg bertahta
namun aku amat mendamba
kasihmu yg suci dan itu btku rasa bahagia
bila kau selalu ada
dikala aku sedang ingin bercinta
cinta yg dulu selalu btku kecewa
kini kau hadir membawa ketawa dan ceria
dkala ku sedang berduka
sudikah kau wahai jejaka idaman wanita???
AKUDi sini,Aku hanya ibarat pelabuhan sepi,Ibarat dermaga yang menjadi saksi,Lafaz ikrar sumpah dan janji,Yang langsung tak dipeduli,Terus sendiri saban hari,
Tapi kini tidak lagi,
Kerana hadirnya kau yang bernama Seri,
Mengubah segala persepsi diri,
Membuat aku telah sedari,
Harapan masih ada untuk diri ini,
Untuk aku merasai,
Mencintai dan dicintai,
Bahagianya tidak terperi,
Namun gusar di dalam hati,
Persoalan tak pernah terhenti,
Adakah ia kan kekal abadi,
Di hatimu adakah aku kan terus merajai,
Mengharap cintaku kau kan sanjungi,
Tanpa alasan tanpa kompromi,
Andai takdir tak memiliki,
Tabahkah aku tuk menghadapi,
Atau hanya bisa menangisi,
Pengakhiran cinta tak seperti yang diimpi,
Kelak akan ku kisahkan cinta ini,
Kisah cinta tanpa magis dan sakti,
Kerana kau wahai Seri,
Aku yakini masih wujud lagi,
Apa yang diharapkan semua insani,
Cinta tulus cinta yang sejati....
SUMBER: Aku dan Seri De' Dolce
SUMBER GAMBAR: Google Image
Bicara Kau & Aku
AKU
Aku punya mimpi,Tatkala siang ku cari erti,Hingga kini masih tak ku temui,Apakah kerana kejahilan diri,Atau aku yang percaya membuta tuli,Wahai sang mentari,
Suluhlah ke dalam zat kursani,
Yang kian gelap dan hampir mati,
Pada sang bayu aku bernyanyi,
Sampaikanlah luahan hati ini,
Kepada semua yang masih sudi,
Teratak usang ini menjadi saksi,
Jatuh dan bangun aku sendiri,
Tanpa taulan ada di sisi,
Bodohkah aku ini,
Selalu berharap pada yang tak pasti,
Selalu menagih pada yang tak sudi,
Selalu mengejar dongengan mimpi,
Entah bila akan berhenti,
Jasad ini dah tak mampu lagi,
Jasad ini akan mati,
Jasad ini akan hancur dimamah bumi....
KAUsemua itu xkan jadi mimpi
andai kau suntingnya utk menjadi realiti
sentiasa aku berdoa dsini
agar kau ketemui insan yg sudi
bersamamu hingga akhir hayatmu nnti
menjagamu hidup dan mati
jangan bersedih hati
Allah itu maha mengetahui
apa yg tersirat dan tersurat dlm hati
apa yg kuharap nnti
kau akan bahagia bersamanya kekasih hati....
SUMBER: Aku dan Seri De' Dolce
SUMBER GAMBAR: Google Image