Kisah Kau dan Aku
0
comments
Unknown
-
AKUAku mungkin tak mampu memberikan secebis senyuman di bibirmunamun aku berjanji tidak akan menghadirkan walau setitis air mata pun di matamu...
KAUAku kian terpaut akan kasih dan cintamu
aku akan berusaha meraih mimpi untuk bersamamu
agar dapat kita merajut bahagia
dalam janji yang sempurna...
AKUJika aku dambaanmu,Ku ingin kau tahu,Telah lama terpendam di dalam hatiku,Menyimpan rasa cinta kepadamu,Tak perlu ku harapkan usahamu,Dan tak perlu lagi kau memburu,Kerana kini pasrahnya diriku,Untuk menjadi milikmu,Bersama kita menyatu,Dalam sebuah janji yang dipadu,Sesungguhnya aku juga cinta kamu...
KAUAku pun begitu
setiap malam ku lukis rindumu dan rinduku
agar cinta terus bersatu
ku juga ingin kau tahu
di setiap waktu hanya ada kamu di hatiku
aku tak bisa melangkah tanpamu
ku ingin kau menjadi bayang di setiap langkahku
andainya kita terpisah waktu
aku tak mahu sepi menghampiri
andai ketiadaan kau di sisi...
sumber: Aku dan Larra Hati
sumber gambar: Google Image
Interface Facebook Yang Baru - "Timeline"
Semalam aku "godeh-godeh" Facebook aku sebab terlalu bosan. So, aku pun cuba nak guna interface Facebook yang baru iaitu, "Timeline".Timeline adalah satu interface yang mana ianya menghimpunkan kesemua perkara yang berkaitan dengan kita di Facebook di dalam satu page. Malah, ia lebih memudahkan kerana kita boleh lihat segala aktiviti kita di Facebook sama ada dalam bentuk bulanan atau tahunan. So, kita boleh melihat aktiviti kita yang pertama di Facebook. Kita boleh tahu siapa kawan pertama yang kita add, apa status pertama kita dan apa jua perkara yang kita lakukan di Facebook sejak mula kita daftar sehingga ke hari ini. Menarik kan?
Selain itu, kita boleh mengubah "cover" timeline kita dengan gambar yang kita suka. Boleh dikatakan ianya seperti "header" page kita. Tak faham? Aku tunjukkan contoh page aku dan sebahagian screenshot yang lain.
(Gambar Timeline Facebook aku - background image di bahagian "header" tersebut boleh ditukar)
(Sebahagian page Timeline Facebook aku)
(Semuanya dirangkumkan di dalam satu page)
(Perhatikan di sebelah kanan gambar - Ada tahun-tahun yang boleh dipilih jika ingin melihat aktiviti pada tahun tersebut)
Dah puas hati? Masih tak puas? Ok, aku postkan video dari YouTube mengenai Timeline ini.
So, kalau rasa nak gunakan interface ini, cari cara install di Google. Taip saja "how to install facebook timeline" di Google. Cuma satu peringatan, Timeline Facebook ini hanya boleh dilihat di kalangan application developer sahaja. Kerana untuk menggunakan interface ini, korang perlu "create app" terlebih dahulu di page Facebook developer.
Aku harap, informasi ini dapat membantu korang. Kalau ada apa pertanyaan, boleh komen di post ini. Adios...