Aku dan Politik
0
comments
Unknown
-
Antara soalan yang selalu aku terima sejak aku terlibat dalam dunia blogging adalah pertanyaan mengenai minat aku membuat blog yang berkaitan dengan POLITIK. Acapkali soalan itu diajukan oleh mereka-mereka yang aktif dengan dunia blog politik. Pernah juga aku mencuba "menerbitkan" satu blog politik tetapi aku merasakan jiwa aku tidak "sebati" dengan blog politik. Walaupun aku suka memberikan pandangan dan berhujah mengenai isu politik semasa, tetapi untuk menerbitkan blog yang berkaitan politik bukanlah bidang aku. Apatah lagi dunia blog di Malaysia sudah dibanjiri dengan blog-blog yang memperkatakan tentang politik.
Di antara sebab lain, 90% blog politik lebih menjurus ke arah fitnah, sangkaan, keaiban dan kesangsian yang melebihi realiti serta ketidapastian akan isu yang dibangkitkan. Secara peribadi, aku berpendapat, dosa aku yang sedia ada pun aku tak tertanggung, maka tak perlulah aku menambahkan dosa lain yang aku sendiri tidak tahu. Oleh sebab itu, aku lebih suka berhujah bila mana aku yakin hujah aku berlandaskan bukti dan fakta. Aku tidak akan berhujah mengenai sesuatu isu politik itu tanpa bukti dan fakta.
Mungkin aku lebih sesuai dengan blog yang berkongsi kisah kehidupan, isu semasa yang tidak terlalu menjurus ke arah politik, topik-topik ringan dan santai, kisah harian seseorang dan mungkin juga blog yang berkongsi kaedah, cara, ilmu dan tutorial untuk melakukan sesuatu. Perkongsian ilmu seperti ini lebih sesuai bagi aku. Setidaknya, sesuatu yang aku tahu, aku boleh kongsi dan memberikan tunjuk-ajar kepada yang memerlukan.
Memandangkan tajuk pos ini berkaitan politik, aku berminat untuk menyatakan pendapat aku secara peribadi mengenai dunia politik negara ini. Bagi aku, politik di Malaysia adalah antara politik yang paling kotor, busuk, jijik dan tidak masuk akal di dunia. Demi kelangsungan hidup di dalam politik, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Kuasa, duit, kedudukan, pangkat, itu semua adalah buruan utama mereka di dalam politik. Maka, untuk memastikan bahawa semua itu terus berada di dalam genggaman mereka, fitnah dan cacian adalah teras utama untuk memberikan mereka nafas dan "kehormatan" di mata rakyat.
Pendirian dan prinsip sudah tentu tergadai. Asalkan boleh memenuhi tembolok mereka, maruah bukan lagi satu perkara yang penting untuk dipertaruhkan. Rasuah, penyelewangan, skandal, saman-menyaman, semua itu adalah intipati penting dunia politik. Yang menanggung akibatnya adalah rakyat. Rakyat yang menanggung kesan permainan politik mereka yang kotor. Perbezaan pendapat dan arah tuju kepimpinan masing-masing menjadikan rakyat bawahan berpecah dan berpuak-puak. Hakikatnya, mereka yang di atas akan terus kaya dan mewah sedangkan rakyat terus hidup susah dan berhempas-pulas mencari rezeki keluarga dan membantu "menabung" untuk kekayaan pemimpin-pemimpin mereka.
Seringkali, idea dan perlaksanaannya akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat. Penipuan dan banyak fakta yang disembunyikan menyebabkan rakyat "terpaksa" menelan bulat-bulat apa yang disajikan. Mujurlah ada segelintir rakyat yang peka dan berusaha mencari kebenaran yang tersembunyi. Terima kasih kepada teknologi maklumat (IT) yang membolehkan fakta dan perkara yang sebenar dapat didedahkan dan disebarkan kepada umum. Kesannya, ramai yang telah celik dan mula menyedari akan hakikat sebenar yang berlaku.
Hari ini, kita telah dapat mengimbangi maklumat dan isu yang disebarkan dengan mendapatkan info dari mana-mana pihak yang menyokong dan membangkang. Hanya akal dan kewarasan serta kebijaksanaan kita yang menentukan mana yang terbaik dan tepat. Namun ada juga di antara kita yang terus buta akan maklumat, bukan kerana tidak mendapat maklumat atau membaca sumber-sumber yang berkaitan, tetapi dek kerana ketaksuban melampau terhadap kepercayaan politik membuatkan segala fakta dan info yang menentang menganggap bawaha semua itu adalah tidak logik dan penipuan semata.
Jadi, fikirkanlah sebaiknya. Politik itu tidak salah. Politik juga terkandung dalam Al-Quran dan tercatat di dalam sejarah Islam. Berpolitiklah dengan akal dan dengan cara yang bertamadun. Undang-undang perlu dipatuhi. Kita bukan haiwan di rimba. Kita manusia yang punya akal dan adab. Jangan jatuhkan maruah dan ketamadunan kita hanya kerana politik.
Ada faham? Tak faham? Faham-fahamkanlah... Adios...
Sumber gambar: Whizzekid
Read more