Hampir dua bulan aku berulang alik dari KL ke Pahang. Dek kerana menguruskan dokumentasi untuk projek di Bentong dan Raub. Rezeki ketentuannNya, aku mendapat peluang bisnes di sebuah kampung kecil di daerah Pekan, Pahang. Perkampungan yang diberikan nama Kampung Badong ini, adalah sebuah kampung yang agak terpinggir pembangunannya namun amat menarik untuk dikunjungi. Sebuah kampung di persisir pantai Laut China Selatan, Kampung Badong majoriti penduduknya adalah nelayan. Hanya sebilangan kecil anak-anak muda yang bekerja di kilang atau pun di pekan-pekan berhampiran.
Apa yang menarik perhatian aku tentang kampung ini, pemandangan dan suasana yang terlalu cantik serta cuaca yang dingin kerana hembusan angin lautnya, membuatkan aku tak pernah jemu atau rasa bosan berkampung di kampung ini. Setelah banyak kali aku berulang alik dari KL ke Kampung Badong, maka aku membuat keputusan untuk tinggal selama seminggu di sini. Bermula pada 21 Oktober 2011 sehingga 28 Oktober 2011, aku tinggal di rumah yang disewa oleh syarikat aku bersama-sama dengan rakan sekerja yang lain Semuanya kerana ingin menyiapkan kerja-kerja dokumentasi dan perancangan pembangunan projek.
(Ini gambar yang aku dapat snap di highway dari dalam kereta semasa OTW ke Kampung Badong)
Kadar sewaan rumah di kawasan kampung itu amat murah. Bagi sebuah rumah 3 bilik dan 2 bilik air serta ruang tamu yang boleh aku katakan agak luas, dengan kos RM350 sebulan termasuk bil api dan air adalah jauh lebih murah dari jangkaan aku. Oh ya, lokasi kampung ini adalah kira-kira 65KM dari pusat bandar Pekan, Pahang dan kira-kira 40km dari pekan Rompin. Kampung ini terletak di jalan Pekan-Rompin. Ia berada di dalam mukim Bebar dan boleh aku katakan ia adalah sebuah perkampungan nelayan. Perjalanan dari KL ke kampung ini mengambil masa kira-kira 1 jam (kalau naik jet pejuang yang aku nampak tiap-tiap hari melintas di atas kampung ini) atau 4 jam dengan kereta.
(Rumah yang disewa oleh syarikat untuk kediaman outstation di Kampong Badong)
(Antara suasana di Kampung Badong)
Sedikit mengecewakan di kampung ini, amat sukar untuk mencari kedai makan di waktu siang. Kedai runcit juga tidak banyak. Banyak keperluan yang ingin dibeli tidak ada di kampung ini, Maka pekan yang terdekat adalah Rompin. Penduduk di sini memang peramah. Cuma agak kekok pada awalnya kerana ramai penduduk yang memerhatikan aku dan rakan-rakan yang lain seolah-olah kami adalah "makhluk asing".
Yang paling menarik minat aku adalah pantai dan kualanya. MasyaAllah, aku kagum dengan pemandangan dan suasananya. Tenang dan mendamaikan. Aku dan CANON EOS 550D aku tak putus-putus menangkap gambar-gambar yang menarik. Suasana hidup di kampung ini juga mengasyikkan. Satu fakta yang menarik tentang kuala dan pantai di kampung ini, kuala sungai disempadankan oleh satu tebing yang menyusuri di sepanjang kuala dan di sebalik tebing itu adalah pantai Laut China Selatan.


Yang paling menarik minat aku adalah pantai dan kualanya. MasyaAllah, aku kagum dengan pemandangan dan suasananya. Tenang dan mendamaikan. Aku dan CANON EOS 550D aku tak putus-putus menangkap gambar-gambar yang menarik. Suasana hidup di kampung ini juga mengasyikkan. Satu fakta yang menarik tentang kuala dan pantai di kampung ini, kuala sungai disempadankan oleh satu tebing yang menyusuri di sepanjang kuala dan di sebalik tebing itu adalah pantai Laut China Selatan.
(Kuala sungai Kampung Badong)
(Tebing panjang yang memisahkan Laut China Selatan dan kuala sungai Kampung Badong)
Aku akan sambung lagi kisah aku di Kampung Badong, Merchong, Mukim Bebar, Pekan, Pahang di post yang akan datang (bahagian ke 2). Terlalu banyak untuk aku kisahkan di dalam satu post. InsyaAllah, akan ada banyak lagi kisah dan gambar-gambar yang menarik yang akan aku post. Terima kasih kerana sudi untuk membaca coretan kisah ini.... Adios...
Pemandangan yg indah. Menarik.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^