
Hentikanlah,
Hipokrasi hiasan diri,
Angkuh mendabik membuta tuli,
Konon gaya sempurna sekali,
Tidak peduli walau dibenci,
Senyum manis hanya penyeri,
Untuk menutup sikap yang keji.
Hentikanlah,
Berlakon, berpura mengundang teman,
Menagih harapan dalam lakonan,
Apa terpamer hanya pementasan,
Memukau mata walau kepalsuan,
Biarpun rekaan, memukau ribuan,
Mempesona dengan kelembutan,
Dibalas dengan perhatian dan sanjungan,
Melindung kepuraan dalam kehidupan.
Buktikanlah,
Jadilah diri sendiri,
Usah meninggi diri ibarat takkan mati,
Menongkat langit lupakan bumi,
Sedarlah semuanya disaksi Illahi,
Segala yang dilaku dijadikan bukti,
Untuk perhitungan di kemudian hari,
Ubahlah dan kembali pada yang hakiki,
Tak perlu hanyut dengan hipokrasi,
Moga kau sedari dan ingati,
Kita tak hidup kerana dipuji,
Kita tak mati kerana dikeji. - AirielKayz