Maafkan Aku Mencintaimu Tanpa Putus
0
comments
Unknown
-
AKUMencintai dirimu yang tidak mencintaiku,
ibarat menggapai bintang di langit,
aku tahu aku tak akan berjaya,
namun aku hanya ada satu pilihan,......terus mencuba...
KAUMaafkan aku, kasih
membuatkan kau begitu
bagiku bukan mudah untuk aku mencintaimu
seperti mana kau mencintaiku
tapi hati ini telah dimiliki olehnya
dan aku amat mencintainya
aku juga menghargai kasihmu itu
dan aku mohon berilah padanya yang berhak
kerana aku tak mampu
terima kasih, sayang
kerana masih mencintai diri ini...
AKUAku tahu aku tak mungkin akan memilikimu,
Jauh sekali untuk terus hidup bersamamu,
Namun ku ingin kau tahu,
Betapa rasa bangga dan syukur terpahat di hatiku,
Kerana tetap setia mencintaimu,
Dan kini aku mula sedar dan tahu,
Walau kecewa di lubuk hatiku,
Aku tetap redha dari langsung tak merasa apa, wahai gadisku...
sumber: Aku dan Larra Hati
Pasrah dan Berserah...

Kadangkala jika sedari kegagalan itu sudah dalam genggaman,
Hanya yang terbaik adalah menyerah,Aku tahu, teruskan mengundang parah,
Berhenti mengundang sesal yang tak sudah,Bukan bodoh, bukan juga aku tak endah,Hanya kerana aku ingin berserah,Kepada Illahi aku panjatkan kalimah,Tertumpah titisan air mata di hamparan sejadah,Mengharapkan setitip kedinginan barakah,Tetap mencari ketenangan dalam pasrah,Tetap aku hadapi dengan tabah,Segala dugaan berkunjung tak sudah,Menggunung halangan yang menanti terus diredah,Setiap ibadah bermula Bismillah,Setiap doa diakhiri Alhamdulillah,Inilah corak yang menceritakan kisah,Pelengkap musafir kita hamba Allah...by; AirielKayz
Hentikanlah dan Buktikanlah

Hentikanlah,
Hipokrasi hiasan diri,
Angkuh mendabik membuta tuli,
Konon gaya sempurna sekali,
Tidak peduli walau dibenci,
Senyum manis hanya penyeri,
Untuk menutup sikap yang keji.
Hentikanlah,
Berlakon, berpura mengundang teman,
Menagih harapan dalam lakonan,
Apa terpamer hanya pementasan,
Memukau mata walau kepalsuan,
Biarpun rekaan, memukau ribuan,
Mempesona dengan kelembutan,
Dibalas dengan perhatian dan sanjungan,
Melindung kepuraan dalam kehidupan.
Buktikanlah,
Jadilah diri sendiri,
Usah meninggi diri ibarat takkan mati,
Menongkat langit lupakan bumi,
Sedarlah semuanya disaksi Illahi,
Segala yang dilaku dijadikan bukti,
Untuk perhitungan di kemudian hari,
Ubahlah dan kembali pada yang hakiki,
Tak perlu hanyut dengan hipokrasi,
Moga kau sedari dan ingati,
Kita tak hidup kerana dipuji,
Kita tak mati kerana dikeji. - AirielKayz
Kisah di Kampong Badong - 2
Salam ceria dan gembira, semoga hari ini diberkati yang Maha Esa. Ini adalah sambungan kisah aku di Kampong Badong. Sambungan kisah dari post yang terdahulu, Kisah di Kampong Badong. Di dalam post kali ini, aku akan menceritakan pula aktiviti-aktiviti yang aku lakukan di kampung ini.
(Salah satu kawasan menarik yang ada di persisir pantai Kampong Badong, Merchong)
Oh, lupa nak beritahu. Orang hubungan atau orang kampung yang aku ada di sini adalah pakcik Mohd. Shahar bin Wahab atau lebih mudah aku panggil Pak Mat. Dia yang menjadi "penunjuk arah" ke mana saja yang aku ingin pergi. Dia juga yang memperkenalkan aku dan kawan-kawan yang lain kepada penduduk kampung, ketua kampung dan Tok Empat.

(Inilah wajah Pak Mat)
Pada awal kedatangan aku di sini, Pak Mat banyak membantu aku dan secara tidak langsung melancarkan urusan aku. Sesuatu yang menarik, kerana Pak Mat juga, aku dapat makan banyak ketam segar dan lain-lain hasil laut yang diperolehinya. Errrrrr....tapi bukan percuma. Hasil laut seperti ketam, udang, sotong, ikan pelaling, ikan pari memang mudah didapati. Setiap kali Pak Mat pulang dari laut, aku dan kawan-kawan akan menunggu apakah hasil laut yang dibawanya pulang.
Pak Mat dan keluarganya memang baik. Mula-mula aku di sini, rumahnya menjadi tempat aku tidur dan makan. Isterinya (lupa pula namanya) memang pandai memasak. Kali pertama aku datang ke kampung ini, dia masakkan 3 jenis masakan hanya untuk ketam. Ketam rebus, ketam masak sambal dan ketam masak kari. Percaya atau tidak, aku makan 11 ekor ketam dan 3 pinggan nasi. "Buruk lantak" kan?

(Ini ketam yang menjadi santapan aku dan kawan-kawan)

(Aku bersama ketam-ketam)
Ok, cukup cerita pasal makan dan ketam. Sekarang aku nak bercerita sebab aku boleh "tercampak" ke kampung ini. Semuanya bermula kerana minat memancing. Sejak kecil aku minat memancing walaupun sebenarnya aku geli nak cabut ikan yang tersangkut di mata kail. Aku tak pernah pergi memancing seorang diri sebab aku perlukan teman untuk tanggalkan mata kail yang melekat di mulut ikan. Namun minat memancing itu terpendam saja kerana kesibukan aku yang melampau. Cuma kadangkala bila ada kelapangan, aku rajinkan diri memancing walaupun adakalanya tak pernah ada hasil.
Oleh kerana minat memancing, aku bersama kawan-kawan pergi ke Merchong, Pekan, Pahang. Dan di Kampung Badong lah aku memancing memandangkan salah seorang kawan aku mengatakan bahawa dia ada seorang kawan yang boleh tunjukkan lubuk memancing yang best. Dan kawan kepada kawan aku itu adalah Pak Mat. Tetapi, mungkin dah ditakdirkan malang, aku langsung tak dapat apa-apa ikan semasa memancing. Walau bagaimanapun, aku melihat dan memerhati kawasan di sekeliling kampung ini. Dengan keindahan dan suasana yang tenang serta keaslian wajah kampung itu masih ada, aku mula terfikirkan satu peluang. Peluang perniagaan!

(Ini adalah jeti Pak Mat yang daif dan uzur)

(Isteri Pak Mat dan anak-anaknya. Yang lain adalah kawan-kawan aku)
Di fikiran aku terlintas satu pertanyaan, "Kenapa kawasan ini tidak dimajukan?"

(Jeti nelayan di sepanjang kuala sungai)
Setelah selesai memancing, aku bergegas pulang ke rumah Pak Mat dan bertanyakan pelbagai pertanyaan mengenai kampung ini. Bermula dari hari itu, idea dan perancangan pembangunan tentang kawasan ini menjadi topik perbincangan aku dan kawan-kawan sekerja. Kami mula membuat kertas kerja, dokumentasi dan sebagainya untuk meraih peluang dan membangunkan kawasan kampung ini. Dan kami bertekad, selain daripada kami cuba menjana hasil pendapatan di kampung ini, kami juga akan membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung ini melalui perancangan ekonomi yang akan kami laksanakan....
Aku akan sambung lagi di post yang akan datang mengenai perancangan dan perlaksanaan peringkat awal kami ke arah memajukan kawasan ini. Akhir sekali, aku post gambar-gambar yang menarik yang sempat aku snap semasa di kampung ini. Hayati keindahan Kampong Badong, Merchong, Pekan, Pahang.












p/s: Kesemua gambar-gambar di atas adalah hak milik aku. Tidak diambil atau dicuri atau dipinjam dari mana-mana sumber digital yang lain.
Kisah di Kampong Badong
Hampir dua bulan aku berulang alik dari KL ke Pahang. Dek kerana menguruskan dokumentasi untuk projek di Bentong dan Raub. Rezeki ketentuannNya, aku mendapat peluang bisnes di sebuah kampung kecil di daerah Pekan, Pahang. Perkampungan yang diberikan nama Kampung Badong ini, adalah sebuah kampung yang agak terpinggir pembangunannya namun amat menarik untuk dikunjungi. Sebuah kampung di persisir pantai Laut China Selatan, Kampung Badong majoriti penduduknya adalah nelayan. Hanya sebilangan kecil anak-anak muda yang bekerja di kilang atau pun di pekan-pekan berhampiran.
Apa yang menarik perhatian aku tentang kampung ini, pemandangan dan suasana yang terlalu cantik serta cuaca yang dingin kerana hembusan angin lautnya, membuatkan aku tak pernah jemu atau rasa bosan berkampung di kampung ini. Setelah banyak kali aku berulang alik dari KL ke Kampung Badong, maka aku membuat keputusan untuk tinggal selama seminggu di sini. Bermula pada 21 Oktober 2011 sehingga 28 Oktober 2011, aku tinggal di rumah yang disewa oleh syarikat aku bersama-sama dengan rakan sekerja yang lain Semuanya kerana ingin menyiapkan kerja-kerja dokumentasi dan perancangan pembangunan projek.
(Ini gambar yang aku dapat snap di highway dari dalam kereta semasa OTW ke Kampung Badong)
Kadar sewaan rumah di kawasan kampung itu amat murah. Bagi sebuah rumah 3 bilik dan 2 bilik air serta ruang tamu yang boleh aku katakan agak luas, dengan kos RM350 sebulan termasuk bil api dan air adalah jauh lebih murah dari jangkaan aku. Oh ya, lokasi kampung ini adalah kira-kira 65KM dari pusat bandar Pekan, Pahang dan kira-kira 40km dari pekan Rompin. Kampung ini terletak di jalan Pekan-Rompin. Ia berada di dalam mukim Bebar dan boleh aku katakan ia adalah sebuah perkampungan nelayan. Perjalanan dari KL ke kampung ini mengambil masa kira-kira 1 jam (kalau naik jet pejuang yang aku nampak tiap-tiap hari melintas di atas kampung ini) atau 4 jam dengan kereta.
(Rumah yang disewa oleh syarikat untuk kediaman outstation di Kampong Badong)
(Antara suasana di Kampung Badong)
Sedikit mengecewakan di kampung ini, amat sukar untuk mencari kedai makan di waktu siang. Kedai runcit juga tidak banyak. Banyak keperluan yang ingin dibeli tidak ada di kampung ini, Maka pekan yang terdekat adalah Rompin. Penduduk di sini memang peramah. Cuma agak kekok pada awalnya kerana ramai penduduk yang memerhatikan aku dan rakan-rakan yang lain seolah-olah kami adalah "makhluk asing".
Yang paling menarik minat aku adalah pantai dan kualanya. MasyaAllah, aku kagum dengan pemandangan dan suasananya. Tenang dan mendamaikan. Aku dan CANON EOS 550D aku tak putus-putus menangkap gambar-gambar yang menarik. Suasana hidup di kampung ini juga mengasyikkan. Satu fakta yang menarik tentang kuala dan pantai di kampung ini, kuala sungai disempadankan oleh satu tebing yang menyusuri di sepanjang kuala dan di sebalik tebing itu adalah pantai Laut China Selatan.


Yang paling menarik minat aku adalah pantai dan kualanya. MasyaAllah, aku kagum dengan pemandangan dan suasananya. Tenang dan mendamaikan. Aku dan CANON EOS 550D aku tak putus-putus menangkap gambar-gambar yang menarik. Suasana hidup di kampung ini juga mengasyikkan. Satu fakta yang menarik tentang kuala dan pantai di kampung ini, kuala sungai disempadankan oleh satu tebing yang menyusuri di sepanjang kuala dan di sebalik tebing itu adalah pantai Laut China Selatan.
(Kuala sungai Kampung Badong)
(Tebing panjang yang memisahkan Laut China Selatan dan kuala sungai Kampung Badong)
Aku akan sambung lagi kisah aku di Kampung Badong, Merchong, Mukim Bebar, Pekan, Pahang di post yang akan datang (bahagian ke 2). Terlalu banyak untuk aku kisahkan di dalam satu post. InsyaAllah, akan ada banyak lagi kisah dan gambar-gambar yang menarik yang akan aku post. Terima kasih kerana sudi untuk membaca coretan kisah ini.... Adios...
Pentas Duniawi
Manusia,
Lazimnya mencari yang tak pasti,
Mengejar yang jelas hanya mimpi,
Mendukung yang nyata sekadar ilusi,
Mengagumi yang terbukti cuma fantasi....
Namun inilah hakikat duniawi,
Lumrahnya naluri bergelar insani,
Menyundal serakah membuta tuli,
Tunduk dan sujud pada nafsi,
Natijah tak pernah dipeduli,
Asalkan puas nafsu di hati,
Walau terkorban maruah diri,
Semua itu tak dipeduli,
Sekalipun terhina dimaki dicaci.
Kembara Hati...

Ketenangan dalam kesepian,
Ibarat sepinya sebuah pelabuhan,
Tiada yang sudi untuk berlabuh,
Namun tetap setia menanti dan teguh,
Begitulah kisahnya hati ini,
Yang masih sunyi dan sendiri,
Walau pedih tapi tetap tenang,
Hingga terkadang seakan mati dan gersang,
Kini pasrah pada takdir yang yang Maha Esa,
Mengharapkan izinNya mengutuskan sebuah cinta,
Untuk mengisi impian hati,
Dan memenuhi sebuah janji,
Menjunjung cinta sampai mati,
Yang tidak melebihi kecintaan kepada Illahi...
Awalan Kisah
Aku telah lama menitiskan air mata,
Hingga aku terkadang alpa,
Apa bezanya di antara duka dan bahagia,
Acapkali aku cuma berpura,
Selindungkan rahsia hati yang lara,
Ramai yang tak sedar mahupun tak peka,
Tawaku hanya penyeri pagi hari mereka,
Sedangkan tirakat ini telah letih dan tak bermaya,
Hanya menurut sirah dan takdir yang Maha Esa,
Mampukah untuk ku laungkan suara,
Memulihkan hati yang hancur bak derainya kaca,
Menanti saat dan ketika yang pasti akan tiba,
Entahkan sempat atau tidak untuk merasa gembira,
Sebelum ajal dijemput pulang olehNya...