Di Antara Kita
1 comments
Unknown
-
KAUairielkayz1 nama yg sungguh istimewadatang dlm hidupku yg bagiku amat bermaknatiada puisi2 indah yg mampu ku katakau bagaikan pahlawan kesatriapenyelamat dkala kuderita
dan inginku ubati luka n sengsara
namun mampukah kau terima
sudikah kau sentiasa ada bersama
aku bukan insan yg serba ada
bukan insan yg kau damba
bukan insan yg bertahta
namun aku amat mendamba
kasihmu yg suci dan itu btku rasa bahagia
bila kau selalu ada
dikala aku sedang ingin bercinta
cinta yg dulu selalu btku kecewa
kini kau hadir membawa ketawa dan ceria
dkala ku sedang berduka
sudikah kau wahai jejaka idaman wanita???
AKUDi sini,Aku hanya ibarat pelabuhan sepi,Ibarat dermaga yang menjadi saksi,Lafaz ikrar sumpah dan janji,Yang langsung tak dipeduli,Terus sendiri saban hari,
Tapi kini tidak lagi,
Kerana hadirnya kau yang bernama Seri,
Mengubah segala persepsi diri,
Membuat aku telah sedari,
Harapan masih ada untuk diri ini,
Untuk aku merasai,
Mencintai dan dicintai,
Bahagianya tidak terperi,
Namun gusar di dalam hati,
Persoalan tak pernah terhenti,
Adakah ia kan kekal abadi,
Di hatimu adakah aku kan terus merajai,
Mengharap cintaku kau kan sanjungi,
Tanpa alasan tanpa kompromi,
Andai takdir tak memiliki,
Tabahkah aku tuk menghadapi,
Atau hanya bisa menangisi,
Pengakhiran cinta tak seperti yang diimpi,
Kelak akan ku kisahkan cinta ini,
Kisah cinta tanpa magis dan sakti,
Kerana kau wahai Seri,
Aku yakini masih wujud lagi,
Apa yang diharapkan semua insani,
Cinta tulus cinta yang sejati....
SUMBER: Aku dan Seri De' Dolce
SUMBER GAMBAR: Google Image
Bicara Kau & Aku
AKU
Aku punya mimpi,Tatkala siang ku cari erti,Hingga kini masih tak ku temui,Apakah kerana kejahilan diri,Atau aku yang percaya membuta tuli,Wahai sang mentari,
Suluhlah ke dalam zat kursani,
Yang kian gelap dan hampir mati,
Pada sang bayu aku bernyanyi,
Sampaikanlah luahan hati ini,
Kepada semua yang masih sudi,
Teratak usang ini menjadi saksi,
Jatuh dan bangun aku sendiri,
Tanpa taulan ada di sisi,
Bodohkah aku ini,
Selalu berharap pada yang tak pasti,
Selalu menagih pada yang tak sudi,
Selalu mengejar dongengan mimpi,
Entah bila akan berhenti,
Jasad ini dah tak mampu lagi,
Jasad ini akan mati,
Jasad ini akan hancur dimamah bumi....
KAUsemua itu xkan jadi mimpi
andai kau suntingnya utk menjadi realiti
sentiasa aku berdoa dsini
agar kau ketemui insan yg sudi
bersamamu hingga akhir hayatmu nnti
menjagamu hidup dan mati
jangan bersedih hati
Allah itu maha mengetahui
apa yg tersirat dan tersurat dlm hati
apa yg kuharap nnti
kau akan bahagia bersamanya kekasih hati....
SUMBER: Aku dan Seri De' Dolce
SUMBER GAMBAR: Google Image
Aku Adalah Aku...
Aku bukan sasterawan,
Yang mampu menganyamkan kata menawan,
Aku bukan cendekiawan,
Yang mampu selesaikan segala permasalahan,
Aku bukan pahlawan,
Yang satu dunia mampu ditawan,
Aku bukan hartawan,
Yang mampu menghujani emas selautan...
Aku hanyalah insan gelandangan,
Yang hanya bisa menjamah sesuap makan,
Aku hanyalah insan gentayangan,
Yang terkadang memudik tanpa arah tujuan,
Aku hanyalah insan picisan,
Yang menagih sedikit perhatian,
Aku hanyalah insan hinaan,
Yang menjadi sendaan dan bahan olokan,
Namun aku tetap bersyukur pada tuhan,
Tanpa kesal dan keluhan,
Walau sesekali rasa kepayahan,
Itu semua bukan halangan,
Hari ini aku jatuh di hamparan,
Esok sudah pasti ku bangkit melawan,
Membuktikan aku bukan insan sebarangan,
Jiwa yang penuh dengan ajaran,
Semangat yang teguh bak Gunung Tahan,
Aku pangkas segala sialan,
Aku tebas segala cubaan,
Tekad hati keras melafazkan,
Semua itu aku persetankan,
Aku tak endah segala makian dan cacian,
Aku akan terus berdiri dan bertahan,
Biarpun tanpa teman dan kawan,
Biar terpaksa mati sendirian,
Namun untuk mengalah itu bukan pegangan,
Aku tetap aku walau apa yang dikatakan,
Inilah kata-kata kiblat pegangan,
Yang aku pelajari dari sebuah kehidupan...
***airielkayz***
Posted via Android
Impian Mencintaimu...

Mencintaimu tak semudah untuk dilafazkan,
Tak terluah dengan ungkapan,
Apatah lagi untuk mencoretkan,
Tinta pena ku bukannya tinta zhafran,
Madahku madah insan gelandangan,
Tak sesuci kalam Al-Quran,
Hanya kau yang dapat mengertikan,
Kalamku bukan kalam perjanjian,
Untuk mencintaimu selamanya itu satu pendustaan,
Kerana aku tak mungkin bernafas selama itu walau itu yang ku inginkan,
Namun aku harap kau sama-sama mencorakkan,
Dunia cintaku yang kadangkala penuh dengan berantakan,
Wadahku yang terkadang penuh dengan kekasaran,
Namun bukan begitu di hatiku yang dihamparkan,
Hatiku penuh dengan kelembutan,
Yang selalu dahagakan,
Sebuah kasih sayang yang seindah nian,
Mengimpikan sebuah harapan,
Adakalanya selalu berimpian,
Untuk menjadi seorang jejaka idaman,
Dan kini dengan adanya kau wahai gadis pujaan,
Tiada apa lagi yang ku inginkan,
Bersamamu dalam satu dakapan,
Pengakhiran hidupku penuh kebahagian...
Cintaku Cinta Milik Aku
Dengarlah luahan hati ini,Yang daif dan sepi,Walau sunyi tak berseri,Namun masih punya rasa ingin mencintai,Dan juga ingin dicintai,Tahukah engkau bahawa aku amat menyayangi,Jauh di lubuk hati ini,Ingin menjagai dan memiliki,Dirimu yang ku pandang selalu cantik nan berseri...
Aku persetankan apa orang lain kata,Mereka bilang kita tak setara,Ah!!! Aku tak peduli itu semua,Yang aku tahu aku rasa bahagia,Rasa selalu gembira,Aku rasa diriku ini amat berharga,Dengan adanya kau menemani bersama,Kau tak pernah kira aku siapa,Yang kau tahu aku tetap setia,Aku adalah aku tetap sama,Yang mencintaimu dari dulu tak pernah alpa,Kau sedar akan lahirnya rasa sayang dan cinta,Walau kau cuba untuk menafikan hakikatnya...
Kini tinggal aku sendiri berdiam bak batu,Yang tidak lagi kau pedulikan tentang aku,Sedarkah kau aku di sini amat merindu,Acapkali ku biaskan rasa perlu,Rasa perlu yang teramat akan dirimu,Namun kau kini kian hanyut dengan duniamu,Lantaran aku tidak lagi kau perlu,Dan aku ingin kau tahu,Walau setinggi mana bencimu,Walau sedalam mana jelekmu terhadapku,Ini adalah cintaku,Dan cintaku adalah milikku,Walau perlu ku tunggu,Walau tak mungkin kita akan bertemu,Tak akan ku gadaikan cintaku yang satu,Telah ku janjikan hanya untukmu,Hakikatnya tetap satu,Dan tak perlu kau ragu,Cintaku adalah cinta milik aku...
Kisah Kau dan Aku
AKUAku mungkin tak mampu memberikan secebis senyuman di bibirmunamun aku berjanji tidak akan menghadirkan walau setitis air mata pun di matamu...
KAUAku kian terpaut akan kasih dan cintamu
aku akan berusaha meraih mimpi untuk bersamamu
agar dapat kita merajut bahagia
dalam janji yang sempurna...
AKUJika aku dambaanmu,Ku ingin kau tahu,Telah lama terpendam di dalam hatiku,Menyimpan rasa cinta kepadamu,Tak perlu ku harapkan usahamu,Dan tak perlu lagi kau memburu,Kerana kini pasrahnya diriku,Untuk menjadi milikmu,Bersama kita menyatu,Dalam sebuah janji yang dipadu,Sesungguhnya aku juga cinta kamu...
KAUAku pun begitu
setiap malam ku lukis rindumu dan rinduku
agar cinta terus bersatu
ku juga ingin kau tahu
di setiap waktu hanya ada kamu di hatiku
aku tak bisa melangkah tanpamu
ku ingin kau menjadi bayang di setiap langkahku
andainya kita terpisah waktu
aku tak mahu sepi menghampiri
andai ketiadaan kau di sisi...
sumber: Aku dan Larra Hati
sumber gambar: Google Image
Interface Facebook Yang Baru - "Timeline"
Semalam aku "godeh-godeh" Facebook aku sebab terlalu bosan. So, aku pun cuba nak guna interface Facebook yang baru iaitu, "Timeline".Timeline adalah satu interface yang mana ianya menghimpunkan kesemua perkara yang berkaitan dengan kita di Facebook di dalam satu page. Malah, ia lebih memudahkan kerana kita boleh lihat segala aktiviti kita di Facebook sama ada dalam bentuk bulanan atau tahunan. So, kita boleh melihat aktiviti kita yang pertama di Facebook. Kita boleh tahu siapa kawan pertama yang kita add, apa status pertama kita dan apa jua perkara yang kita lakukan di Facebook sejak mula kita daftar sehingga ke hari ini. Menarik kan?
Selain itu, kita boleh mengubah "cover" timeline kita dengan gambar yang kita suka. Boleh dikatakan ianya seperti "header" page kita. Tak faham? Aku tunjukkan contoh page aku dan sebahagian screenshot yang lain.
(Gambar Timeline Facebook aku - background image di bahagian "header" tersebut boleh ditukar)
(Sebahagian page Timeline Facebook aku)
(Semuanya dirangkumkan di dalam satu page)
(Perhatikan di sebelah kanan gambar - Ada tahun-tahun yang boleh dipilih jika ingin melihat aktiviti pada tahun tersebut)
Dah puas hati? Masih tak puas? Ok, aku postkan video dari YouTube mengenai Timeline ini.
So, kalau rasa nak gunakan interface ini, cari cara install di Google. Taip saja "how to install facebook timeline" di Google. Cuma satu peringatan, Timeline Facebook ini hanya boleh dilihat di kalangan application developer sahaja. Kerana untuk menggunakan interface ini, korang perlu "create app" terlebih dahulu di page Facebook developer.
Aku harap, informasi ini dapat membantu korang. Kalau ada apa pertanyaan, boleh komen di post ini. Adios...